Wednesday, May 4, 2022

Mak Esah Ziarah Abangnya Di PPUM

Pada usia mencecah 80 tahun, Pak Lang diuji Allah swt. Paru-paru tidak dapat mengembang sempurna.

Daripada Hospital Seberang Jaya, Pak Lang dah diminta bawa balik ke rumah. Dengan bergantung sepenuhnya pada oksigen dan morfin. 

Alhamdulillah anak Pak Lang ada seorang yang bekerja di PPUM, mereka adik beradik akhirnya mengambil jalan ikhtiar dengan membawa Pak Lang ke PPUM.

Zaman Covid ni bukan senang nak tembus masuk sebagai pelawat. Pada pintu masuk dah tertera PELAWAT TIDAK DIBENARKAN MASUK. Nasib la K Liza ada, walaupun akhirnya kena tegur dengan misi, K Liza buat muka seposen je, asalkan dapat jumpakan dua beradik Mak Esah dan Pak Lang.

Ibu ingat K Liza nak bawa Mak Esah seorang je naik, rupanya Kak Liza kata boleh je naik. Alhamdulillah Allah swt beri kesempatan ibu bertemu Pak Lang. Dapat pegang lengan Pak Lang... terasa hangat. 

Last ibu jumpa Pak Lang adalah pada Disember 2017. Ibu ambil cuti akhir tahun, balik kampung untuk ziarah pakcik2 dan makcik2 untuk bertanya khabar sebab entah bila lagi dapat bersua muka. Ibu ingat lagi, masa pi rumah Pak Lang, dia tak ada di rumah. So, kami anak beranak berjalan ke rumah Wa yang berada di lorong belakang rumah Pak Lang. Balik daripada rumah Wa, lalu rumah Pak Lang untuk pi ke kereta, tiba-tiba dia balik rumah naik motor, tak tahu daripada mana. Alhamdilillah, dapat la kami bertanya khabar. Singghlah di rumahnya, Pak Lang jamu kami dengan air 100 plus... itu je yang ada sebab Pak Lang sorang, tinggal dengan anak bujang lelaki yang tak tau merayau pi mana. Itulah Pak Lang yang sempoi.

Masa sampai Pak Lang baru tidur, kejutpun payah nak celik mata... mungkin kesan morfin. Mak Esah sempat la habiskan bacaan Yasin sebelum diarahkan balik sebab dah diberi masa setengah jam bersama pesakit.

Pak Lang sedar setelah 10 minit Mak Esah mengaji. Oksigen terus naik 100, mungkin sebab rasa bahagia bertemu dengan adiknya... alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment