Beginilah kehidupan seorang suri rumah, kena mengikut En Somi ke hulu ke hilir.
Majlis berlangsung di Fakulti Alam Bina.
Antara booth yang disediakan. Sempat juga bertanya pelajar yang sediakan booth kartun LAT sama ada mereka dapat bertemu Datuk Lat. Mereka kata YA. Nampaknya rezeki berpihak kepada mereka. Seingat ibu masa NSTP nak bekerjasama dengan beliau beberapa tahun sebelum ibu berhenti kerja, payah sungguh Datuk nak luangkan masa berjumpa. Alhamdulillah, permintaan pelajar Datuk tak hampakan.
Ini booth En Rosman. Semasa ibu berlegar-legar melawati booth, ada juga pensyarah yang datang perkenalkan diri "Saya Dr. dotdotdot". Kalau dulu mungkin ibu ada rasa rendah diri dan kagum, tapi bila dah melangkaui usia macam ni, dah tak kisah tentang darjat dan pangkat tu lagi. Malah ibu terfikir, perlukah perkenalkan diri sendiri sebagai Dr atau orang ketiga yang sepatutnya memperkenalkan, contohnya "Ini saya kenalkan pensyarah saya, penyelia projek ini atau Dekan fakulti ini, Dr dotdotdot"... rasanya itu lebih kena caranya.
En Rosman memberikan penerangan tentang persilatan. Banyak juga soalan yang dilakukan kepada En Rosman semasa sesi QnA. Almaklum, berada dalam kalangan cendikiawan dan orang seni.
En Rosman bersama team Pandawa Lima dan pelajar UiTM yang berurusan dengan dia untuk program tersebut.
No comments:
Post a Comment