Monday, May 14, 2012

Kuala Gandah: Elephant sanctuary

Sehari selepas iklan lawatan kelab rekreasi ke Kuala Gandah keluar, ibu terus daftar. Hanya 20 kereta terpilih mengikut siapa cepat dia dapat. Bayaran hanya RM20 bagi buah kereta. BHJ 3661 adalah kereta ke-5. Pantas gitu.

Memandangkan lapan peserta boleh diisi dalam setiap kereta, ibu terus teringat Naza dengan anaknya Muhammad. Bila ajak aje... tanpa berlengah terus dia nak ikut. So no hal.

Kebetulan Giant jual ayam panggang, ibu bincang dengan Naza... ibu beli ayam dan Naza buat nasik ayam. Selesai satu menu. Ibu pulak bawak spagetti, buah dan apple crumble. Selain nasik ayam, Naza bawak air milo.

Lepas ambil Naza di Putraria, terus pecut ke NSTP. Daripada NSTP hanya ada 3 kereta. Kami berkonvoi terus ke Gombak. Pusat perjumpaan adalah di Burger King, Petronas. Bila sampai... dah banyak kereta.

Tepat 8.30 am, konvoi seramai 23 kereta menuju ke Kuala Gandah bermula. 9.30 dah sampai. Kejap. NGV separuh aje yang luak.


Memang cantik tempat tu. Teduh dan nyaman. Sebelum tu tengok la bekalan yang dibawa, macam nak pergi berkelah. Sebelum mula acara, ambil gambar beramai2 dulu.



The only pengunjung yang pasang khemah ialah kita orang. Sampai pengacara siap cakap kat sini bukan tempat perkhemahan. Hehe peduli apa. Pasang khemah, bentang tikar... shoru. sambil bagi gajah makan, kita pun nak la jugak makan.




Tapi kali ni acara mandi bersama gajah tak diadakan sebab air sungai tinggi. Budak2 frust habis, masing2 kepingin nak mandi dgn gajah. dah la merajuk.


Lepas lunch... terus gerak untuk balik. Sempat singah mandi2 dan menghabiskan bekalan yang dibawa. lokasinya di hutan Lipur Lentang.... So hilang la rajuk.




No comments:

Post a Comment