Masa En Rosman bagi tau yang gayong akan membuat rekod baru 36-jam bersilat tanpa henti... anak2 nampak excited nak join sebab dapat sijil.
Acara bermula malam sabtu 12 am sampai 12 pm Ahad. Kira-kira 36 jam lah. Kalau ikut planning, nak pergi malam sabtu tu jugak. Anak-anak kata tak pe la buat pukul 3 or 4 pagi pun. Lagipun tak ramai la penonton waktu-waktu macam tu.
Malangnya, malam tu punya la letih. Uwais pulak demam. Hmmm pukul 10, ibu yang lelap dulu.
Disebabkan bangun awal, ibu tak sampai hati nak kecewakan perasaan anak2 yang excited. So, makcik mula merancang.
7.30 am sampai 9.30 am k long dan k ngah ada latihan silat di sekolah. Lepas subuh, pakat cari baju kurung yang nak diguna untuk pergi kenduri rumah Cikgu Sani. Sepanjang k long dan k ngah bersilat, En Rosman lelapkan mata. Pukul 10 am pergi ambik k long dan k ngah di sekolah terus gerak ke Batang Kali. Syikin (kawan k long) pun ikut.
Jalan agak jem, sempat isi NGV lagi. Ada pulak tu stesyen NGV kat area Selayang. En Rosman kata lalu kat Ulu Yam lebih dekat.
Jam 12pm kami sampai ke Sekolah Rendah Batang Kali. Barulah tahu yang acara silat tu diadakan sempena Hari Belia.
Warm-up kejap. K Long, K Ngah dan Hakeem dapat slot 12.30pm hingga 1.30 pm. Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap sesi perlu bersilat selama satu jam tanpa henti. Baru padan muka masing-masing. Selama ni, silat main-main aje waktu latihan. Memang nampak kepenatan... tapi bakat dan ketangkasan meningkat. Satu jam beb.... tak berhenti pulak tu.
Lepas selesai bersilat jam 1.30. Masing-masing kelaparan. Selesai makan, mandi dan tukar kepada baju kurung sebab nak pergi kenduri di rumah Cikgu Sani, area Ukay. Solat zohor dulu. Bagus sekolah tu... siap ada bangunan surau sendiri. Agak besar juga.
Pukul 3pm baru gerak ke kenduri rumah Cikgu Sani. Sesat cari tempat pukul 5pm baru sampai. Separuh daripada meja tetamu telah pun dikemas. Actually itu perumahan baru. Anak cikgu Sani yang baru kahwin beli. Cari kat GPS pun x dek lagi.
Tak pe lagi, Cikgu Rahman dan Cikgu Rizal dekat jam 6 baru sampai. Sesat barat.
Jam 6pm, En Rosman dah penat sangat. Mengantuk. Hantar kami balik rumah. Malam tu dia ada kursus pisau pulak....
No comments:
Post a Comment