Monday, June 4, 2012

Kenduri Lijah: rombongan pihak lelaki

Seingat ibu, masa ibu kahwin rombongan pihak lelaki hanyalah satu van. Sebab orang jauh. Sekali rombongan daripada pihak Shahrul... mak oii. Dekat la katakan.

Ni semua koleksi gambar rombongan pihak lelaki... Majlis akad nikah pukul 11 pagi. Jadi memang belum ada jemputan yang datang. So, bukan saja dalam rumah depa conquer, khemah pun habih penuh dengan suku sakat depa. Caya la...

Rombongan hanya bawak bunga telur, tepak sirih, cincin dan wang hantaran. 

Mak Shahrul... penggemar warna purple. Cayalah 

Biasakla, aktiviti macam ni digemari pompuan aje. Udahnya pengantin terkontang kanting sorang-sorang 

Pakcik pakai ketayap ni pakngah Shahrul. Dia kata akad nikah ni bukan boleh tengok ramai-ramai. Pengantin tengah gabra. Udahnya dia yang gabra. Pi kat pokok jambu petik buah. Lama sangat nak tunggu makan.

Yang dekat Shahrul tu member-member and sepupu-sepapat dia kut

Uztaz Lan dah kat luar... diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat.



No comments:

Post a Comment