Monday, June 4, 2012

Uwais... serangan campak

April 2012... Uwais demam. Gaya demamnya tak macam demam denggi sebab denggi demamnya kuat mendadak berserta muntah dan cirit (pengalaman). Demam yang uwais alami ni agak kuat tapi apabila makan ubat, suhu badan akan surut. Walaupun, lepas beberapa jam kemudian, suhu badan akan naik semula. Dalam kes denggi, ubat tak berupaya menurunkan suhu badan. Cerita bab denggi, lain kali.

Selepas 4 hari demam... ibu lihat ada bintik-bintik ruam kelihatan pada bahagian muka terutamanya pada bahagian mata.

So, tengah malam hari ke-5 (Khamis @ 3 am) Uwais masih demam berserta ruam dan batuk yang agak teruk, ibu ambil keputusan untuk ke Hospital Sungai Buluh, kena buat jugak ujian darah, takut apa-apa hal. Bacaan platlet 145. Doktor suspek denggi, walaupun hati berat mengatakan bukan.

Muka bengkak... tunggu ambik ubat di farmasi hospital Sg Buluh 

Kat restoran Khalifah, pujuk makan roti canai dulu sebelum balik ke rumah daripada hospital

Esoknya ibu pergi kerja macam biasa. Tapi hati rasa tak sedap. En Rosman telefon bagi tahu keadaan Uwais tak improve. Minta kebenaran balik awal daripada bos. Terus bawak Uwais ke Tropicana Medial Centre.

Doktor tak buat sebarang pemeriksaan darah sebab dia suspek campak. Tapi tahap yang kritikal sebab kuman dah berjangkit keparu-paru.

So Uwais dimasukkan ke wad. Isolated. Khamis hingga Ahad. Mak Esah dan Pak Hashim datang jugak melawat cucu 'bungsu'.

Masuk air... 

Ruam tebal, tapi demam dah surut 

Lebih banyak masa spend kat lantai, main... boring tidur atas tilam aje

Memandangkan campak dah jadi macam wabak di Petaling Jaya, wakil daripada Jabatan Kesihatan datang ke rumah untuk trace daripada mana datangnya kuman tu. Seingat ibu, Khamis seminggu sebelum tu, kami sekeluarga ke public swimming pool di DBKL, Bangsar, Jumaatnya satu keluarga balik ke Taiping sebab cuti sekolah... Hari Sabtu tu Uwais dah mula demam sikit-sikit. Tak tau daripada mana virus tu bermula. 

Pegawai tu datang kali kedua, katanya untuk ambil darah sebab pihak Tropicana tak ambil darah masa Uwais masuk ke hospital. Kebetulan petang tu jumpa doktor, doktor pun hairan kenapa nak kena ambik darah. 

Bila tanya kepada pegawai perubatan, katanya sebenarnya ada pekeliling daripada kementerian kesihatan yang menyuruh pihak hospital mengambil darah bagi kes campak... sabo je la


No comments:

Post a Comment