Tuesday, August 24, 2021

Kebahagian Ibu Dan Anak-anak Setiap Hari

PKP Fasa 3 menghalang berhimpunnya ibu dengan anak-anak sedara, merasai riuh rendah gelak tawa.

K long pula kena tinggal dengan tok sebab senang nak pergi kerja sebab ibu takut naik kereta 2 orang.

Ibu ambik kesempatan bersama anak- anak belajar Al-Quran - tadarus, hafalan, tadabbur dan bincang tentang amalan sunnah yang perlu diikuti dalam ibadah seharian. 

Interaksi menggunakan GOOGLE MEET setiap hari @ 10 malam sekitar 1 jam sahaja. Daripada anak2 sendiri akhirnya membiak kepada anak2 sedara. 

Semuanya atas aturan ALLAH swt. Tiada paksaan untuk anak2 yang lain, cuma ibu paksa anak2 sendiri sebab mereka adalah atas bidang kuasa ibu. Sama seperti ibadah, perlu kepada paksaan sebelum datang keikhlasan. Doa, doa dan doa... tulus ikhlas hanya kepadaNya kerana DIA yang membolak balikkan hati hambaNya. 

Kesimpulannya, masing2 lancar membaca Qur'an dan boleh menerima ajaran dan Ilmu yang disampaikan. Alhamdulillah.

Siti menyorok sebab malas pakai tudung... Sabar je... 

Semoga dapatlah ibu jadi kan amalan ini sebagai salah satu wasilah ibu untuk dipersembahkan kepada Yang Maha Esa. Dan semoga kita akan menerima habuan masing-masing pada hari di mana setiap manusia sangat mengharap redha dan rahmatNya. 

No comments:

Post a Comment