Wednesday, August 25, 2021

Sekali lagi En Rosman di masukkan ke Wad Hospital Selayang

Akhir bulan Feb, En Rosman buat operation karatak. Seronok merasai mata yang terang tak lama sebabnya lepas seminggu mengadu matanya sengal. Bawa ke hospital, bila periksa rupanya ada jangkitan kuman. Doc inject dalam mata untuk ambil cecair dalam mata. Akhirnya di masukkan ke Wad selama 5 hari. Selang seminggu, tangan pula bengkak. Sakit jangan cakap la sampai mengerang. 

Lepas tu doctor mata refer ke ortho clinic. Doc bg ubat tahan sakit dan pergi ke rehab. Tak buat apa2 pun tapi baik sendiri. 

Tiba-tiba kaki pula bengkak. Sakit. Mengerang juga. Memandangkan En Rosman dah ada rekod di sport clicic, kami terjah sahaja ke tanpa appointment. Alhamdulillah, dia refer ke rehab untuk sesi fisio. 2 kali ke fisio pihak fisio dapati apa yg En Rosman alami tidak mampu di selesaikan oleh mereka.  

Sekali lagi kami terjah ke Sport clinic untuk pertanyaan tentang masalah kaki En Rosman. Setelah buat pemeriksaan, Doctor suspect ada blood clog. Terus ke emergency untuk di masukkan ke Wad. 

Siap ada rajah pada betis yang sakit. 

Habis semua test dibuat... Jantung, buah pinggang, sleep apnea etc. Gigih doctor cuba cari jalan penyelesaian. Doc dapati tiada blood clog. Akhirnya doc bagi antibiotics. Selepas 5 hari keluar. Alhamdulillah... Pulih masalah sakit kaki. 

Lepas keluar wad, banyak la jabatan lain yang En Rosman kena refer.... Kena banyak Bersabar la jawab ya. 

No comments:

Post a Comment