Gerak 5.30am dari Kota Damansara. Singgah RnR Dengkel untuk solat subuh. Sarapan di Sungai Pelek, sampai je air dah surut. Tengok bulan Islam 7 Syaaban, air pasang mati, kata En Rosman.
Kata pepatah Melayu "sekali air bah, sekali pantai berubah"... Kenyataannya dalam tempoh 20 tahun sejak ibu mula diperkenalkan dengan pantai ni, hakisan pantai semakin teruk. Kalau dulu, rumput tumbuh sampai ke pantai, sekarang dah tak ada lagi. Wakaf-wakaf semua dah tak wujud hinggakan tempat untuk letak khemah pun sangat terhad. Bilangan pokok ru pun semakin berkurang hingga hampir tiada tempat berteduh.
Tebing batu penghalang ombak banyak yang dah pecah. Sebenarnya tebing tu 20 tahun dulu masa ibu mula2 berkhemah di situ (Hakeem pun masih belum lahir) memang masih belum ada. Kiranya belum lama sangat usianya, tapi ikhtiar manusia tak mungkin dapat mengatasi kehendak ALLAH swt.
Ini kisah 2014 yang ibu sempat post pada Jan 2015. Memang ketara sangat Perbezaan 2022 dengan 2014... Hanya sekitar 8 tahun sahaja.
Ini link kisah Bagan Lalang pada 2014... memang ketara perbezannya:
Lepas mandi, buat aktiviti membuat taik mata. Uwais merajuk tunggu air tak pasang-pasang. Ibu kata, dah pasang-surut ni semua kerja ALLAH swt, tunggu je la.
No comments:
Post a Comment