Saturday, September 2, 2017

A new member in the family

Seminggu melepasi due date, Tamm terpaksa menyerah diri ke Hospital Sg Buluh. Jumaat.

Sabtu subuh2 kena induce... masa p melawat tengahari tu masih tersenyum. Belum sakit lagi.

K Long join sekali nak tengok Tamm. Sanggup tak pergi silat,

Ahad pagi bukaan baru 3cm. Ahad petang bukaan 4cm.

Malam jam 9pm Eman beritahu yang Tamm ditolak ke bilik OT sebab baby dah buang najis dalam perut... ni la risiko kalau overdue.



Kul sebelas belum dengar khabar berita... hampir jam 12, Eman hantar gambar si kecik. Ni gambar lepas iqamat. Dalam gambar nampak macam besar. 2.5 kg jer... kecik macam mama dia, tapi panjang macam ayah dia, 57cm.

 Masa ni Eman kata belum lagi jumpa Tamm.

Tok, daripada awal Tamm admit, teringat-ingat nak jumpa anak dia tapi terpaksa bersabar. Once dah tahu Tamm bersalin, ceaser pulak tu, ibu ambik cuti bagi peluang tok ke hospital dan ibu jaga wan.

Ni keluarga belah Eman...

Uwais antara yang tak sabar nak pegang baby...

Hakeem dapat tengok baby kat hospital. Rezki dia sebab MC 2 hari, tonsil bengkak


No comments:

Post a Comment