Semasa berada di kandang, kami bertemu seekor anak kambing baka kampung yang berusia 2 minggu. Sangat manja, ibunya dah selamat dijual ... langsung tak takut dengan orang.
Ibu rasa ramai orang yang datang ke situ akan jatuh sayang dengan dia.
Mula-mula Uwais segan nak pegang. Geli agaknya.
K Long yang nampak berkenan sangat, k ngah pula tak tau ke mana, geli katanya. Siap suruh tanya pekerja situ sama ada nak jual kambing tu. Nampaknya mereka pun keberatan nak lepaskan anak kambing tu... alasannya sebab baby lagi.
Siap hisap jari. Mungkin dia lapar atau rasa masin pada jari.
Masa nak naik kereta untuk bergerak balik, dia siap ikut sampai kepala menjulur masuk... agaknya seronok sangat masing-masing dok melayan dia. Jenuh kena pindahkan ke tempat selamat. Risau terlanggar pula.
Kebetulan ada seekor ibu kambing di kandang, so anak kambing ni dapat bekalan susu kambing fresh dan tak perlu beli susu formula. K Long memang semangat nak bela kambing. Nak kena cari pembekal anak kambing pula lepas ni.
No comments:
Post a Comment