Untuk 2017 ibu tukar strategi... tahun lepas qurban di NSTP, tahun ni ibu cari sendiri pembekal kambing. Zaman maklumat dihujung jari, Mr Google pasti boleh selesaikan masalah. Cuma cari lokasi kambing di Kuala Selangor sahaja. Ada beberapa... dan ibu pilih PJ Livestock Sdn Bhd pembekal lembu dan kambing dari Australia, lokasi kandang di Kuala Selangor adalah di Api-api. Ada website sendiri. Komunikasi hanya menggunakan Whatsapp dan transaksi Maybank2u.
Kambing ibu pilih sendiri, akibat last minute... rezki ibu adalah Abam Jambu. Yang segar bugar dan hensem semua dah ada pemilik. Redha... dah tertulis rezkinya begitu.
Ada tanda huruf R. Rasanya ni jenis merino, muka putih dan tirus tapi bulu agak kasar... yang jenis dopper lebih macho, bulu pulak cantik gebu. Macam-macam ciptaan ALLAH.
Kebetulan ada seekor ibu yang baru dapat baby. Geram tengok baby tu tapi ibunya garang betul. Siap hentak kaki bagi warning, very protective.
Yang macho dan gebus dah jadi milik orang. Yang besar tu lain harga. Paling besar dah macam ilama bentuknya.
Sebahagian lembu yang akan disembelih. Setakat waktu tu, hanya seekor yang masih belum di tempah.
Rumput napier yang ditanam untuk dijadikan makanan haiwan selain dedak.
Kandangnya dijaga bersih. Ibu bagi 5 bintang untuk hygiene.
Senang rupanya nak uruskan kambing untuk dibawa ke tempat penyembelihan.
En Rosman diajar cara menyembelih... sembelih orang pun berani katanya apalah sangat sembelih kambing.
Kata En Rosman, pisau yang digunakan untuk menyembelih tu mungkin mencecah harga RM200. Bukan cap ayam rupanya... berat bersih daging dan tulang ialah 12kg. Alhamdulillah, sebahagian disedekah, sebahagian dijamu kepada anak-anak silat dan kawan rapat mak ngah. Ibu sempat ambil bahagian peha lebih kurang 1.5kg untuk dimasak di rumah.
Semasa melapah daging ibu tengok bahagian lengan dan shoulder blade, terfikir dalam otak, bahagian ni agaknya yang paling digemari Rasulallah saw...
No comments:
Post a Comment